Salam.... ramai sangat yang bertanya tentang macamana nak buat gumpaste termasuk ex-students saya... hari tu semasa kelas cupcake saya tak dapat ajar resepi ni sebab tak ada stok gum tragacanth di kedai, lama juga supply nye tak ada di kedai.... ramai yang panik dan tercari2 stok gum tragacanth ni tapi tak dapat.... so hari tu saya hanya guna resepi gumtex sahaja untuk buat bunga ros..... sehinggalah baru2 ini bila saya bertanya Zati, Zati kata dah ada stok... cepat2 saya pergi beli kat Bake With Yen Puchong ..... ada orang panggil sugarpaste.... pada saya macam sama aje, tak kesah lah nak panggil apa kan.... gumpaste ni untuk buat bunga, dan apa saja bentuk2 lain yang sesuai menggunakan gumpaste ... rasa gumpaste ni sedap... tak berapa manis ....
Sekadar berkongsi resepi yang sifoo saya, http://zatidhati.fotopages.com/(Zatidihati) pernah pamerkan di fotopage beliau, link to the gumpaste resepinya ialah :
- Ayak tepung jagung & gula icing 3 kali
- Campurkan dengan gam tragacanth
- Masukkan air paip, dan liquid glukos dan ULI
- Masukkan pula lemak sayuran dan ULI lagi
Simpan stok dalam plastic wrap. Bila nak guna, uli semula, dan jika melekat kat tangan, bubuh sedikit lemak sayuran di tangan dan uli semula. Tak boleh terdedah di udara, nanti jadi keras.
Di sini ada sedikit gambar step by step yang sempat saya rakamkan hari ini untuk buat gumpaste ni ... saya buat 150 ekor butterflies untuk order dari customer 2 hari lagi .... embossed roller tu beli kat ICCA PJ ( produk Wilton )
Selamat mencuba... kepada ex-students saya dan juga yang lain, kalau tak pasti leh email atau SMS kat saya nanti ye...
1) Gumpaste ni tak sama dengan fondant, texturenya lebih keras dari fondant
2) Adunan gumpaste ni khas utk buat bunga dan bentuk2 lain utk cake toppers
3) Gumpaste boleh disimpan dalam plastic wrap dan uli semula bila nak di guna sebab ianya akan mengeras sedikit bila lama di simpan
4) Gumpaste bukan untuk salut cake, guna fondant utk salut cake
5) Tak pasti berapa lama boleh simpan, ikut logik boleh simpan lama sebab bahan2 yg digunakan tak ada yang boleh menyebabkan adunan jadi berkulat cepat